Universiti Tun Hussein Onn Malaysia in top 20 - UTHM Official Portal | Portal Rasmi UTHM - Kehebatan Penyelidik UTHM Terbukti di ITEX'09. Laman Utama Arkib Berita Kehebatan Penyelidik UTHM Terbukti di ITEX'09 . - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia meneruskan kegemilangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan kejayaan para penyelidiknya. Memenangi 17 pingat dalam 20th International Invention, Innovation and creative thinking And Technology Exhibition 2009 .. Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian Invention & built environment creative Design Society ini telah diadakan dari 15 hingga 17 Mei 2009 di Pusat Konvensyen Kuala lumpur bangsar kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh . Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi . . Lebih 600 hasil penyelidikan dan inovasi para peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia, Korea, Taiwan, Hong Kong, Iran, Croatia, Australia, Poland dan Itali telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. .
Walaupun berdepan dengan saingan dari pelbagai negara di peringkat antarabangsa, penyelidik UTHM terus unggul dengan memenangi 5 pingat emas, 8 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Kejayaan memenangi 17 pingat ini membuktikan keupayaan penyelidik UTHM menjalankan penyelidikan yang berkualiti serta mampu bersaing diperingkat antarabangsa. . Selain itu, penyertaan UTHM dalam ITEX'09 juga telah membuka peluang yang cukup luas kepada para penyelidik UTHM untuk mengkomersilkan produk-produk yang telah dihasilkan. Pelbagai pihak dari syarikat dan industri telah mengunjungi ruang pameran UTHM bertujuan mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk yang dipamerkan. Selain itu, pelbagai pandangan pengunjung telah diterima untuk membantu menambahbaik fungsi dan kegunaan produk-produk yang dihasilkan agar pengkomersilan produk-produk tersebut dapat memenuhi kehendak pasaran. Kejayaan yang membanggakan ini, menjadi bukti keupayaan penyelidik UTHM dalam menghasilkan penyelidikan yang memenuhi kehendak industri serta mempunyai nilai akademik yang tinggi .. Air Distribution System Simulation Machine : A keen eye for Visual Teaching Approach. Prof. Madya Dr.
Mohd Idrus bin Mohd Masirin. GZUP-B-SHINE : A product that prevents New Revolutionary Metallic Stain Remover. Prof. Madya Dr. Mohd Idrus bin Mohd Masirin.