Bahaya Termakan Racun Tikus - National Poison Centre - USM@RatRepellents.com
Username: Password: No Account ? Sign Up Now



Rat Repellents Malaysia, Singapore and Brunei



Discussion Topics
Ant Killer Powder Malaysia | Ant Traps Malaysia | Anti Termite Treatment Price Malaysia | Ants Borax Malaysia | Bed Bug Solutions In Malaysia | Bedbugs Repellent | Best Cockroach Bait | Bird Control Malaysia | Bird Repellent Gel Malaysia | Cat Stain Remover Malaysia | Herbicide Malaysia | How To Get Rid Of Rats Naturally | Mosquito Repellent Lotion Malaysia | Natural Lizard Repellent | Natural Pesticides For Home | Organic Insecticide Spray | Pest Treatment Malaysia | Pigeon Repellent Spray | Roach Bait Malaysia | Roundup Grass Killer | Sandfly Repellent | Spider Repellent | Termite Baiting System Cost Malaysia | Termite Control Services Malaysia | Termite Poison Malaysia | Termites Diy Malaysia | Ultrasonic Pest Repeller Malaysia | Weed Killer Malaysia


Bahaya Termakan Racun Tikus - National Poison Centre - USM





Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Sediaan dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia.Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.Bahan-bahan kimia yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keracunan ataupun maut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi. Di sini akan dibincangkan tentang racun tikus yang ada di pasaran sekarang dan mungkin digunakan dan disimpan oleh pembaca.Racun tikus yang mengandungi bahan aktif zinc phosphide merupakan antara racun yang merbahaya dengan mempunyai kadar toksik yang tinggi. Kandungan peratusan bahan aktifnya adalah sebanyak 80%.

Racun tikus ini mengeluarkan bau seperti ikan busuk dan rasanya tidak akan membuatkan haiwan lain tertarik, tetapi ciri-ciri ini menarik perhatian tikus.Biasanya racun tikus ini terdapat di pasaran dalam bentuk serbuk dan pepejal. Racun ini boleh memasuki badan kita menerusi saluran pernafasan, mulut atau diserap melalui luka.Bila racun ini dicampur atau bersentuhan dengan air atau asid lemah ia akan membebaskan gas fosfin.. Anggaran dos mautnya lebih kurang 40 mg/kg. Keracunannya menyebabkan kesesakan paru-paru, tekanan darah menjadi rendah, sukar bernafas, muntah, kadar denyutan jantung tidak menentu, gelugut dan seterusnya menyebabkan koma, kerosakan ginjal, pengurangan sel darah putih dan boleh membawa maut dalam masa 4 hari hingga 2 minggu.Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.Antikoagulan adalah kelas racun tikus mempunyai tahap keracunan yang rendah pada manusia. Antikoagulan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu coumarin dan indanedione. Warfarin, difenacoum, bromadiolone dan brodifacoum merupakan komponen utama 4-hydroxycoumarin manakala indanedione pula terdiri daripada diphacinone, pindone dan chlorphacinone.Kepekatan warfarin dalam setiap racun tikus biasanya antara 0.025 - 0.5%. Warfarin tidak mempunyai rasa, bau ataupun warna. Brodifacoum, difenacoum dan chlorphacinone dijual dalam pasaran dengan kepekatan antara 0.005 - 2%.

Kumpulan ini juga dikenali sebagai superwarfarin. Kesemua komponen tersebut terdapat di pasaran dalam sediaan serbuk, butir, tablet dan kapsul.Racun tikus warfarin bila dimakan berulangkali dalam masa sehari menyebabkan pendarahan pada tikus mahupun manusia kerana darah tidak lagi mudah membeku. Sekiranya hanya sekali sahaja diambil kesan toksik pada manusia tidak ketara. Anggaran dos mautnya ialah lebih daripada 5-20 mg sehari diambil selama lebih daripada 3-5 hari.Kumpulan superwarfarin didapati lebih toksik daripada warfarin di mana ia boleh memanjangkan lagi masa pendarahan. Dos keracunan kumpulan superwarfarin adalah berbeza-beza mengikut kandungan racun tersebut. Dos keracunan melalui mulut bagi chlorphacinone ialah 250 - 625 mg, 7.5 mg bagi brodifacoum dan 500 mg bagi difenacoum.

Kumpulan ini sama juga dengan warfarin jika diambil sekali tidak merbahaya pada manusia. Ketoksikannya akan bertambah jika diambil berulangkali selama beberapa hari.Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntah dan ceret beret.. Pendarahan yang berlaku menyebabkan luka lambat sembuh, gusi atau hidung berdarah, najis dan kencing berdarah dan dalam keadaan teruk boleh menyebabkan renjatan dan tidak sedarkan diri akibat dari pendarahan dalam termasuk pendarahan usus. Jika berlaku keracunan ikhtiarkan supaya mangsa muntah dan segera bawa mangsa ke hospital.Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah janganlah dipandang ringan walaupun ia kurang toksik. Jika terdedah berulangkali dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan keracunan kronik kepada pengguna. Walau apa pun kes keracunan, pesakit harus mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pusat Racun Negara perlu dihubungi jika berlaku keracunan untuk mendapat nasihat dan maklumat lanjut tentang keracunan.. Soalan: Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan penggunaan racun tikus di rumah.. Racun tikus hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seelok-eloknya simpan ditempat tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak. Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman. Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.Kebiasaannya racun tikus digunakan pada waktu malam memandangkan pada waktu ini tikus berkeliaran mencari makanan. Tempat racun diletakkan hendaklah tidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Gunakan bekas yang hanya untuk menyediakan racun tersebut dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk menyediakan makanan. Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut. .

Related Items
Programme - ICAMS 2017 | INTERNATIONAL CONFERENCE ON ...
FLYING INSECTS TRAPPING DEVICE - Nexus Pest Control ...
Owls Are Flying Into Subang To Help Kill Off Rats Once And For All
Rentokil Rodine Mouse And Rat Killer 150G - Groceries - Tesco ...
Dr Mohd Farooq Shaikh - Jeffrey Cheah School of Medicine and ...
Malaysia Rat Glue Trap suppliers on Alibaba.com
rat killer | eBay
Confession of A Teach for Malaysia Teacher | Malaysia Today
What's your poison? Easy to buy, almost tasteless and lethal in tiny ...
King Kong Rat Killer - GardenShop2u.com
Pest control Jobs in Malaysia, Job Vacancies | JobStreet.com.my
Pest Control Specialist Malaysia | Professional Pest Control Service ...
Pest Management - Bayer Environmental Science Malaysia
Pest Control Johor Bahru (JB), Termite Control Malaysia ~ Southern ...

Popular Topics